Pocket City – Game Perancang Bandar Terbaik Hadir Di Telefon Pintar
Buat para penggemar game simulasi terutamanya dalam perancangan bandar ada berita baik buat anda. Pada bulan Julai ini sebuah game yang bercorak perancangan bandar akan dikeluarkan di platfor iOS dan Android yang akan memakai nama Pocket City.
Seperti game pembinaan/perancang bandar, pemain akan berperanan sebagai Datuk Bandar dan dipertanggungjawabkan untuk membangun sebuah bandar. Terdapat banyak pilihan zon yang boleh dibangunkan seperti zon perumahan, komersial dan industri.
Namun hal yang menarik dalam game Pocket City bukan sahaja tetang membangunkan bandar tetapi pemain juga dibebani tanggungjawab untuk mengurus bandar yang dibangunkan agar kota yang dibangunkan aman dan makmur. Justeru, pemain harus memperhatikan aspek seperti pencemaran, kadar jenayah dan tingkat kepadatan penduduk.
Perkara ini seperti dunia realiti. Sebagai seroang Datuk Bandar, pemain harus bertindak dengan tangkas dan bijak dalam menghadapi cabaran dan bencana alam yang boleh terjadi secara tiba-tiba seperti kebarakan, gempa bumi dan sebagainya.
Pendapatan, kebahagian rakyat, cukai dan sebagainya turut diambil kira. Setiap keputusan akan memberi kesan terhadap bandar anda.
Game ini menawarkan ciri-ciri level, maka pemain harus menyelesaikan quest untuk meningkatkan mata XP dan unlock pembinaan bangunan baru. Dalam menyelesaikan quest yang tersedia, pemain dikhendaki berinteraksi dengan rakyat jelata.
Pre order game ini sudah dibuka bagi iOS. Tunggu kehadiran game ini di telefon pintar ada pada Julai 2018. Jangkaan adalah pada 31 Julai.