PlayerUnknown’s Battlegrounds SYSTEM REQUIREMENT: Apa yang anda perlukan untuk 60 fps!
Adakah PC anda menyokong untuk permainan PUBG? Untuk menjawab soalan ini sangat mudah kerana keperluan system untuk PUBG adalah tidak dapat korang jangka kerana hanya dengan keperluan minimum anda sudah boleh bermain PUBG di PC anda. TETAPI kita nak tahu apakah keperluan system untuk memenuhi permainan PUBG di tahap sekurang-kurangnya 60fps. Apakah jenis CPU dan grafik kad yang diperlukan untuk anda mendapat Chicken Dinner. So di sini kami sudah membuat kajian daripada PC game yang ada pada kami dan kajian-kajian menyeluruh daripada gamer-gamer di dalam dan luar negara.
Keperluan yang paling minima untuk PUBG.
Keperluan hardware ditunjukkan adalah paling minima yang hanya menampung pengoperasian permainan tetapi mungkin tidak akan memberi kepuasan permainan yang dipinta.
OS: 64-bit Windows 7, Windows 8.1, Windows 10
Processor: Intel Core i3-4340 / AMD FX-6300
Memory: 6 GB RAM
Graphics: Nvidia GeForce GTX 660 2GB / AMD Radeon HD 7850 2GB
DirectX: Version 11
Storage: 30 GB available space
Mari kita kupas sedikit tentang perincian system ini. Intel Core i3-4340 adalah CPU diperbuat pada 2013 dual core yang beroperasi pada takat 3.6GHz. PUBG mempunyai keupayaan untuk beroperasi tanpa quad core sekurang-kurangnya dapat menampung performance yang minima. Tetapi daripada analisis kami menunjukkan yang PUBG adalah terhad kepada keupayaan CPU bermakna ini adalah keperluan minima.
Keperluan grafik asasnya GTX 660 dikeluarkan pada tahun 2012, dan ia adalah keperluan yang sangat minima untuk modern games walaupon dijalankan pada setting yang paling minima ia sangat nazak untuk beroperasi pada 30 fps.
Hdd size pula memerlukan 13GB installation file tetapi kapasiti kelegaan hendaklah dipastikan mempunyai di antara 30GB.
Keperluan Hardware yang disarankan untuk PUBG.
Minimum setting adalah sangat tidak digalakkan apabila bermain game, seperti juga PUBG tiada pengecualian. Di bawah adalah hardware yang disarankan untuk anda membawa Battleground sehingga menusuk jiwa anda.
OS: 64-bit Windows 10
Processor: AMD Ryzen 5-1600 / Intel Core i5-7600K
Memory: 8 GB RAM
Graphics: Nvidia GTX 1060 6GB or better
(DirectX dan Hdd tidak berubah)
DirectX: Version 11
Storage: 30 GB available space
Walaupun PUBG akan berjalan dengan baik pada Windows 7, tetapi buat masa ini OS lama sudah tiada windows update baru dikeluarkan. Windows 10 tidak sempurna, tetapi ia menawarkan prestasi yang lebih baik dan memperbaiki kebanyakan kesilapan Windows 8.
Sekadar untuk beroperasi ialah memadai dengan AMD Ryzen 5 atau Intel Core i5 generasi terbaru, tetapi jika anda ada membuat live streaming mungkin cpu yang mempunyai core yang lebih diperlukan.
Berbalik kepada grafik kad, apa yang diperlukan untuk menjalankan Battlegrounds pada 60 fps atau lebih baik pada 1080p? Mengikut analisis dari kami, 1060 3GB cukup kuat untuk menjalankan PUBG pada purata 60 fps pada tetapan 1080p Ultra, sementara ia akan menurun serendah 39 fps dalam scene yang paling sengit. Pada medium 1080p, walaupun purata lebih 100 fps dan tetapi ia tidak akan turun di bawah 60 fps.