PES 2019 Versi PC Demo Akan Dilancarkan Pada Awal Bulan Ogos Ini!

0 1,092

Akhirnya Konami mengumumkan pelancaran Pro Evolution Soccer 2019 di Steam pada 8 Ogos 2018 ini dalam versi demo. Bagi meraikan pelancaran ini, developer telah mengeluarkan sebuah trailer baru;

Versi demo PES 2019 akan membolehkan pemain memilih salah satu daripada 10 pasukan bola sepak yang tersedia untuk bermain sama ada offline exhibition match, quick match atau offline co-op match. Antara pasukan yang tersedia ialah FC clubs dari Liverpool, Barcelona, Inter Milan dan beberapa pasukan negara seperti Argentina dan France.

Bagi versi penuh PES 2019, ia akan dilancarkan di Amerika Utara pada 28 Ogos dan seluruh dunia pada 30 Ogos. PES 2019 ini akan menghadirkan banyak ciri baru seperti keletihan pemain yang dapat beri kesan pada pemain, tingkah laku pemain, skill sepakan dan menggelecek yang baru.

Untuk spesifikasi PC, nampaknya game ini tidak memerlukan spesifikasi yang berat. Anda dapat lihat dibawah;

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.