Permainan Sukan Elektronik Nombor 1 Dunia!! – DOTA 2

0 1,136

Dota 2 merupakan permainan yang bercirikan MOBA iaitu ( Multiplayer Online Battlefield Arena). Permainan Dota ini dikeluarkan oleh Valve Corporation. Dota 2 pula merupakan lanjutan daripada permainan kepada Defense of the Ancients (DoTA), iaitu sebuah ciri tambahan atau mod kepada Warcraft III : Reign of Chaos.

Dota 2 mula berkembang sejak tahun 2009 apabila IceFrog, ketua pereka asal Defense of the Ancients (DoTA) dilamar oleh Valve untuk menciptakan suatu sekuel yang lebih moden. Maka terhasillah Dota 2 dan diperkenalkan secara rasmi. Dota 2 boleh dimainkan di Microsoft Windows, OS X dan Linux yang melalui platform digital Steam pada Julai 2013.

Dota 2 berorientasikan permainan perlawanan antara dua pasukan iaitu pasukan A dan pasukan B. Setiap pasukan pula merangkumi 5 pemain. Misi setiap pasukan ialah untuk mempertahankan kubu sendiri.

 

 

 

Para pemain masing-masing akan memainkan peranan dengan mengendalikan watak atau ‘character’ yang dipilih,. Dalam komuniti Dota, watak-watak ini digelar sebagai ‘hero’, dimana setiap hero atau watak mempunyai kelebihan yang unik dan cara permainan yang berbeza.

Sepanjang perlawanan, para pemain akan mengumpul insentif  ‘experience‘ dan ‘item‘ supaya ‘hero‘ meningkatkan pertarungan dapat ditingkatkan. Dengan perlengkapan dan kuasa yang tinggi ‘hero‘ dapat memusnahkan pihak lawan dengan lebih mudah.

Kumpulan yang berjaya memusnahkan kubu utama atau lebih dikenali sebagai struktur gergasi akan memenangi perlawanan tersebut.

Terkini, Dota 2 telah mempunyai liga-liga dan pertandingan yang aktif di seluruh dunia. Setiap pasukan dari seluruh pelusuk dunia dapat bermain secara profesional dalam pelbagai liga dan pertandingan. Pertandingan-pertandingan ini biasanya menyediakan hadiah yang lumayan sehingga kepada jutaan US Dollar dan ia merupakan hadiah paling tinggi di antara permainan E-Sports yang lain.

Pertandingan paling besar bagi permainan Dota adalah The International. Permainan ini menjadi idaman pemain-pemain dota. Pertandingan ini dikelola oleh Valve sendiri dan bertempatkan di KeyArena, Seattle ( Amerika Syarikat ).

Dalam masa yang sama, Valve juga memperkenalkan siri-siri pertandingan lain dikenali sebagai Dota Pro Circuit . Valve juga menganjurkan liga tahunan yang memberi kelayakan kepada pasukan-pasukan yang bertanding untuk mendapatkan tempat di The International.

Para peminat Dota dapat menikmati ulasan langsung permainan, analisis, dan liputan, perlawanan profesional Dota2 secara langsung di internet dan juga di siaran televisyen.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.