Moshed Gaming Tandatangan MOU Dengan Esports Selangor Association Untuk Kembangkan Kesedaran Tentang Gaming dan Esports

0 998

Esport atau sukan bercorak elektronik kini telah menyebar ke seluruh penjuru dunia. Malaysia merupakan salah satu negara yang turut mengiktiraf esports. Perkembangan esports di Malaysia pada ketika ini cukup baik dan sedang berkembang pesat hingga saat ini.

Di Selangor, kerajaan negeri sendiri telah komited dalam merangka pelan jangka panjang bagi membangunkan sukan esports yang semakin mendapat perhatian, ketika ini.

Baru-baru ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Sukan Elektronik Selangor telah menganjurkan Selangor Esports Experience 2018 pada 2 Disember 2018 (Ahad) yang bertempat di The Pantheon, One City, Subang Jaya.

Acara ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan memperkenalkan esports kepada penggiat dan peminat esports. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu esports dalam kalangan generasi muda di Selangor.

Menurut Presiden Persatuan Esports Selangor, Tuan Afzaruddin Burhanuddin, esports dapat dianggap sukan baharu pada masa depan dalam mengetengahkan kecekapan dan keberkesanan pemain di alam maya.

Dengan bantuan Kerajaan Negeri Selangor, Persatuan Esports Selangor akan mengembangkan kempen kesedaran esports di sekolah-sekolah serta universiti sekitar Selangor untuk mencungkil bakat anak-anak muda dalam menjadi atlet esports yang akan mewakili Selangor dalam peringkat negara dan antarabangsa.

Dalam Majlis Selangor Esports Experience 2018 MOSHED Gaming sendiri telah mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan peranan dalam industri esports tempatan dengan menandatangi satu perjanjian persefahaman bersama Esports Selangor Association.

Persefahaman ini, salah satunya adalah untuk mempromosikan Sukan Elektronik Sihat atau Healthy Esports dan merancakkan produktiviti sektor permainan digital.

Tuan Moshed Mohammad selaku Founder kepada Moshed Gaming turut memeriahkan lagi acara tersebut dengan memberikan ucapan tentang “Bagaimana Nak Buat Duit Dari Esports dan Gaming dengan Menjadi Content Creator.”

Turut dianjurkan adalah Forum The Future & Development of Esports. Forum tersebut bagi membincangkan tentang Masa Depan dan Pembangunan Industri Sukan Elektronik di Selangor.

Kita harapkan usahasama ini dapat menyemarakkan lagi pembangunan permainan digital di Malaysia di samping memperluas kesedaran mengenai industri ini. Tidak hanya terhad kepada menghasilkan atlet esports tetapi sehingga menghasilkan bakat dalam ekosistem game itu sendiri, seperti pengaturcara komputer, pereka, pembangun dan lain-lain lagi.

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari. Beliau juga telah membentangkan melalui Belanjawan Selangor 2019, peruntukan berjumlah RM400,000 khas buat dana pembangunan dan organisasi esports di Selangor. Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan RM1,000,000 pada tahun hadapan – Selangor ESports Experience, The Pantheon, One City Subang Jaya

Dalam majlis itu, Team Lagenda juga menerima replika cek bernilai RM 1 Juta dari Les Copaque untuk mengembangkan team tersebut ke peringkat lebih tinggi.

“Terima kasih kepada seluruh warga kerja Team Moshed Gaming, juga kepada followers Moshed Gaming di facebook yang tak henti-henti menyokong Moshed Gaming dengan menonton streams dan sebagainya, Moshed Gaming akan terus membantu dan mengembangkan lagi kesedaran dalam bidang esports ini melalui info dan konten dari kami” – Tuan Moshed

Berikut juga adalah video ucapan Tuan Moshed Mohamad, “Bagaimana Nak Buat Duit Dari Esports dan Gaming dengan Menjadi Content Creator.”

Acara ini juga mendapat liputan TV Selangor, boleh tonton video di bawah.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.