MOBILE LEGENDS Telah Mendapat Pengiktirafan Dari CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes | Team Saiyan

0 1,162

Siapa tidak kenal dengan Team Saiyan yang mempunyai pengikut di Facebook sebanyak 97k followers dan 75k likers page.

Team Saiyan telah berjaya menjuarai eCurve Mobile Legends Tournament 2018 pada
25 Mac lepas, dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan 3000 diamonds ML setiap peserta. MysteriousAssassin terpaksa akur kepada kekalahan mereka dalam final Kejohanan #MobileLegends eCurve selepas tewas dengan #TeamSaiyanMY, 3-0.

Selepas kemenangan mereka di eCurve Mobile Legends Tournament 2018, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes telah menjadi pemilik majoriti pasukan Mobile Legends Malaysia. Tegasnya, AirAsia akan mula melabur dalam e-sukan bagi generasi digital, bersama salah sebuah pasukan terbaik di Asia Tenggara iaitu Team Saiyan yang akan ditukarkan namanya kepada AirAsia Saiyan.

Team Saiyan merupakan pasukan Mobile Legends top di Malaysia dan pernah menjuarai Kejohanan Mobile Legends Piala Asia Tenggara (MSC) peringkat Malaysia 2017. Kami dari Moshed Gaming sentiasa mengharapkan industri e-sukan terus menerus dibangunkan dan diperkembangkan.

Jangan lupa SHARE dan LIKE post kami. Tenkiu.

Follow Moshed Gaming di:

Facebook : https://www.facebook.com/moshedgaming/
Twitter : https://twitter.com/moshedgaming
Instagram : https://www.instagram.com/moshedgaming/
Website : https://moshedgaming.com/

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.