Ini 6 Games Yang Akan Dipertandingkan Dalam Acara ESports Asian Games 2018!

0 1,340

Tidak lama lagi, sebuah acara sukan yang besar Asian Games 2018 bakal tiba. Sebelumnya acara ini dipenuhi oleh dengan pelbagai acara sukan traditional . Namun pada acara kali ini sedikit berbeza kerana Asian Games akan menghadirkan sebuah pertandingan sukan yang bercorak elektronik untuk dipertandingkan iaitu eSport.

Sebagaimana kita telah tahu bahawa eSport atau sukan elektronik merupakan pertandingan video game yang mempertemukan ramai pemain profesional. Jika dahulu permainan sukan traditional sering dikaitkan penglibatan tubuh badan namun sejak perkembangan zaman dan era video game menyebabkan permainan video telah diikhtiraf sebagai salah satu kategori sukan. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan baik diperingkat lokal mahupun global.

Walaubagaimanapun, kerana ia masih baru, acara eSporrt Asian Games ini tidak akan memperebutkan medal. Hal ini kerana perebutan medal bagi eSport akan dilakukan pada Asian Games 2022 akan datang.

Sempena menyambut Asian Games tidak lagi, Team Moshed ingin kongsikan 6 games yang akan dipertandingkan.

1. Pro Evolution Soccer 2018

Game ini diterbitkan oleh Konami dan merupakan game bola yang sangat terkenal.

2. Arena of Valor

Arena of Valor merupakan game yang bercorak Multiplayer Online Battle Arena (MOBA). Game ini merupakan salah satu game MOBA yang sangat popular di Asia dan bahkan dunia.

3. League of Legends

League of Legends juga merupakan game yang bergenre MOBA. Setiap pasukan akan memiliki 5 ahli dan akan berentap degnan 1 lagi pasukan lain dalam sebuah arena, diringi dengan motif dan tujuan tertentu.

4. StarCraft II: Legacy of the Void

Siri ini merupakan siri penutup bagi 2 siri Starcraft II sebelumnya iaitu Wings of Liberty dan Heart of the Swarm. Game yang dibuat oleh Blizzard Entertainment ini merupakan permainan bergenre strategi dengan mode real-time.

5. Hearthstone

Game ini seperti game Yu-Gi-Oh! yang dimana dua orang pemain akan saling berentap dengan menggunakan deck kad masing-masing untuk mengalahkan pihak lawan. Game ini juga mendukung platform mobile.

6. Clash Royale

Clash Royale memiliki gameplay yang terdiri daripada sistem permainan collectible card dan real-time competitive strategy. Ia juga memiliki konsep yang sama seperti game Clash of Clans (CoC) iaitu pemain dapat membentuk sebuah clan.

Sebelum acara Asian Games bulan Ogos 2018, gamers dari setiap negara bertanding terlebih dahulu di setiap kawasan sebelum melayakkan diri ke Asian Games 2018 yang akan diadakan di Indonesia.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.