Ini 5 Tempat Looting Terbaik Dalam Game Free Fire

0 1,332

Dalam Free Fire, tempat mendarat memainkan peranan yang penting. Jika anda memlih tempat yang betul, anda akan mudah membekali loot dengan cepat dan disitu anda mempunyai kelebihan berbanding pemain lain. Jadi disini admin ingin kongsikan 5 tempat yang memiliki banyak loot, yang dimana korang patut pertimbangkan. Pemilihan tempat ini disesuaikan dari peringkat beginner sehingga advance.

 

1. Cape Town

Untuk mereka yang baru mula bermain atau ingin santai dulu maka tempat ini adalah yang paling selamat dan memilki loot yang banyak. Kebanyakkan pemain mereka akan elak untuk mendarat di tempat ini sebab terlalu jauh daripada pertengahan peta dan mendarat disini juga agak sukar. Maka hal ini mudah untuk anda mengutip senjata dan alatan.

Kebanyakkan bangunan memiliki assault riffle kebiasaanya. Backpack dan helmet level 1 juga boleh didapati.

2. Pulau Tidak Bernama

Ia merupakan sebuah pulau kecil yang tidak mempunyai nama. Pulau ini memiliki 5 bangunan yang kaya dengan loot. Mendarat disini tidaklah mustahil tetapi jika sukar anda boleh mendarat di kawasan terdekat seperti Warehouse atau Hangar.

Anda boleh dapati assault rifle, socpes, backpacks dan alat pelindung di sana. Boleh dikatakan tempat ini agak selamat untuk permulaan tetapi biasanya ia tempat ini berada di luar zon selamat.

3. Hangar

Hangar memiliki kawasan yang luas dan memilki banyak bangunan besar. Anda juga akan mudah dapati kenderaan. Tempat ini memiliki banyak senjata dan kelengkapan. Selain itu tempat ini tidak begitu ramai pemain jika hendak dibandingkan dengan tempat Mill dan anda mudah untuk bergerak ke tempat lain. Jika anda tidak temui apa yang anda ingin, anda boleh bergerak ke Factory. Biasanya tempat ini anda bole dapat senjata seperti M14,SCAR, AK dan bahkan SKS.

4&5. Mill dan Peak

Kawasan Mill memliki beberapa bangunan besar. Biasanya anda akan dapati Sniper rifles dan jika anda bernasib baik scope 8x juga dapat ditemui. Mill merupakan antara tempat terbaik untuk looting namun atas dasar itu ramai yang memilih untuk mendarat disini.

Dari sini anda boleh bergerak ke Peak yang juga memiliki banyak loot. Cumanya Peak hampir dengan zon Power Plan yang selalunya dipenuhi pemain. Maka hati-hati.

 

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.