Hello Games Lakukan Perubahan Besar Dalam No Man’s Sky- Ini Update Terbaru

0 768

No Man’s Sky pernah menjadi sebuah game paling hype semasa dikeluarkan. Game ini mengklaim bahawa pemain dapat menjelajah ke seluruh pelusuk planet yang terdapat di angkasa raya. Bukan satu planet ya. Di tambah pula, pemain dapat merasa sensasi pengembaraan dan pengalaman keindahan pelbagai jenis bintang dan tumbuhan yang terdapat di setiap planet.

Game yang diterbitkan Hello Game ini menjanjikan sebuah penjelajahan luar angkasa yang kompleks dan menarik. Walaubagaimanapun, selepas dilancarkan, game ini telah mendapat kritikan hebat dalam kalangan gamer kerana apa yang dijanjikan tidak seperti yang digambarkan. Ada yang mengatakan bahawa kebanyakkan planet itu hanya sebatas reskin dan diubah warna dari planet sebelumnya sedangkan dalamnya masih sama.

Namun selepas 2 tahun, Hello Games telah melakukan update demi update bagi menebus silap lama buat para gamers mereka. Pada hari Selasa, penerbit telah melancar sebuah lagi update yang membawa perubahan besar game tersebut menerusi trailer yang dikeluarkan.

Update ini akan menghadirkan mode multiplayer, dimana pemain No Man’s Sky dapat mengembara bersama dengan rakan-rakan lain. Tidak hanya mengembara di planet, anda juga dapat menaiki kapal angakasa. Perubahan kualiti visual juga diperbaiki sehingga membuatkan game ini nampak lebih mempersonakan. Ia juga membolehkan anda memakai sudut pandang orang ketiga.

Update ini dijangkakan akan dilancarkan pada 24 Julai 2018 nanti untuk platform PS4 dan platform lain bakal menyusul.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.