Giliran Nepal Pula Mengharamkan Game PUBG Mobile

0 1,162

Sebelum ini kita telah mendapat berita bahawa game PUBG telah di ban di salah satu negeri di India iaitu Gujerat. Gujerat telah mengeluarkan peraturan yang mengharamkan permainan PUBG itu dengan alasan game tersebut lebih menghasilkan kesan negatif berbanding positif. Polisi tersebut telah diterapkan di negeri tersebut sejak bulan lalu. Walaubagaimana setelah dikaji kembali, pengharaman PUBG telah ditarik balik di beberapa kawasan.

Terkini pula, Nepal telah mengambil tindakan yang sama iaitu dengan mengharamkan PUBG Mobile dan meminta kepada ISP dan operator perkhidmatan atas talian di negaranya untuk mengharamkan game tersebut.

Tidak sekadar itu, pihak pentadbiran juga akan mengeluarkan arahan penangkapan jika terdapat pemain yang bermain PUBG Mobile.

Alasan pengharaman tersebut masih mengulangi retorik yang sama iaitu game tersebut dikatakan dapat membawa kepada perilaku agresif.

Selain Nepal beberapa negara seperti Iraq dikatakan dalam pertimbangan untuk mengharamkan game tersebut.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.