Game Zombi Berkonsepkan Augmented Reality (AR) Bakal Hadir Di Telefon Pintar Julai Ini
Developer Next Games, baru-baru ini mengumumkan bahawa game The Walking Dead: Our World akan tersedia untuk dimuat turun secara percuma bermula 12 Julai ini. Game ini akan tersedia untuk platform Android dan iOS. Apa yang menarik game ini akan memakai konsep seperti Pokemon Go.
Seperti yang dirinci dalam laman web, gameThe Walking Dead: Our World adalah sebuah game yang berkonsepkan augmented reality (AR) dan berbentuk permainan berasaskan lokasi. Game ini adalah seperti Pokemon GO, dimana pemain akan memburu zombie di sekitar mereka dengan menggunakan senjata yang ditemukan dan dikumpulkan ketika pengembaraan di jalanan, taman, atau rumah.
Selain itu, pemain juga akan dapat bertemu dengan watak game seperti Rick, Daryl, dan Michonne. Watak tersebut akan membantu pemain untuk berburu zombie.
Tidak sekadar itu, pemain dapat berkerjasama dalam pengembaraan menyelamatkan survivor. Yang paling best, pemain juga boleh mengutip hadiah dengan menyelesaikan cabaran tertentu.
Stay Tuned.