Game Mobile Mirip Pokemon Go – The Walking Dead: Our World Rasmi Di Lancarkan!

0 1,158

Sebelum ini game The Walking Dead: Our World sempat dikeluarkan teaser-nya pada akhir bulan Jun. Kini, anda sudah dapat merasakan sensasi memburu zombie ala Pokemon Go.

Game The Walking Dead: Our World adalah sebuah game yang berkonsepkan augmented reality (AR) dan berbentuk permainan berasaskan lokasi. Game ini adalah seperti Pokemon GO, dimana pemain akan memburu zombie di sekitar mereka dengan menggunakan senjata yang ditemukan dan dikumpulkan ketika pengembaraan di jalanan, taman, atau rumah.

 

Anda akan bertemu dengan zombi di saat melakukan pengembaraan melalui AR namun perlu diperhatikan, para zombie kerana mereka memiliki kemampuan untuk menyerang pemain secara tiba-tiba.

Kini anda boleh menikmati game ini kerana ia sudah tersedia untuk di muat turun di Google Play Store dan App Store. Walaubagaimanapun, game ini tidak didukung untuk semua jenis telefon pintar. Untuk android sekurang-kurangnya versi 7.0 dan keatas.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.