Game Battle Royale Yang Padu Ini Sudah Dapat Dimainkan Secara Percuma!

0 969

Pada Julai yang lepas, Define Human Studios telah mengeluarkan game bergenre battle royale mereka iaitu Island of Nyne: Battle Royale.
.

Kalau dilihat melalui trailer yang dipaparkan game ini boleh dikategorikan sebagai game battle royale yang padu. Namun sayangnya kerana lambakan game battle royale yang beredar pada ketika ini menyebabkan game ini tidak mendapat perhatian. Lantaran hal ini, syarikat Define Human Studios telah terpaksa menanggung kerugian dan terus bungkus.
.

Justeru itu, semua proses pengembangan game ini telah dihentikan kerana kekurangan dana. Define Human Studios juga menawarkan pulangan wang kepada mereka yang telah membuat pembelian game ini khusus bagi mereka yang melakukan jual beli selepas 29 November.
.

Apakah game ini dapat dilabel sebagai mati? Rasanya belum lagi, mungkin ianya sementara waktu. Dengan itu, Define Human Studios telah menawarkan game ini secara percuma, dimana gamer-gamer dapat mainkan secara free. Dalam masa yang sama korang perlu tahu, game ini mungkin sudah tidak dapatkan update lagi. Lihat apa kata developer disini.
.

Setakat ini versi percuma game ini sudah berada dalam tahap early access (masih belum tahu sampai bila). Buat korang yang nak mencuba boleh baca review terlebih dahulu dan muat turun game ini di sini.
.

Spesifikasi dibawah adalah spesifikasi yang perlu dipenuhi jika ingin memainkan game ini.
.

MINIMUM:
Requires a 64-bit processor and operating system
OS: Windows 7 SP1 (x64)
Processor: Intel Core i5-2500K CPU
Memory: 12 GB RAM
Graphics: Geforce GTX 660 or AMD Radeon HD 7850
DirectX: Version 11
Network: Broadband Internet connection
Storage: 25 GB available space

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.