Fortnite Ingin Hadirkan Feature Respawn Dalam Permainan?

0 1,617

Buat korang yang sudah terbiasa dengan game battle royale tentu korang sudah sedia maklum bahawa setiap perlawanan akan menelan waktu 15-30 minit. Pemain yang kalah awal terpaksa menunggu kalau ingin kejar point ataupun quit dari game.

Tetapi, game battle royale terbaru iaitu Apex Legends telah mengambil pendekatan berbeza, dimana pemain dapat menghidupkan kembali anggota pasukan mereka. Feature ini dikenali sebagai respawn dan ia mendapat respon positif.

Baru-baru ini di Reddit, Epic Games telah membuka sebuah sesi iaitu “Ask Me Anything” sempena kehadiran musim ke-8 Fortnite tidak lama lagi. Di situ, terdapat pemain yang bertanyakan tentang Feature Respawn, adakah Epic Games akan menghadirkan feature tersebut?

Menurut developer, mereka mengatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan hal tersebut dan mungkin akan melancarkannya nanti di Fortnite. Tambah mereka, mereka akan melihat perkembangannya ketika di Fortnite musim-8 ini.

Setakat ini belum tahu bilakah ia akan dilancarkan. Bagaimana dengan pendapat korang?

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.