Esok!! PUBG Lite Akhirnya Sudah Dapat Dimainkan Di Malaysia!

0 2,084

Buat korang yang tidak tahu apa itu PUBG LIte, boleh lihat di entri ini. Secara ringkas PUBG Lite merupakan PUBG Project Thai. Ia dibuat khas untuk PC yang memiliki spesifikasi rendah dan untuk negara-negara yang memiliki jaringan internet yang terbatas dari segi kepantasan.

Spesifikasi yang korang perlukan juga sangat minimum dan dalam masa yang sama korang dapat nikmati grafik yang agak cantik.

Untuk pengetahuan korang, PUBG Lite akan dapat diuji cuba di Malaysia mulai 14/2/2019 iaitu esok. Dengan kata lain, bermula harini, korang sudah dapat muat turun PUBG Lite secara percuma.

Pertama sekali korang haruslah mendaftar akaun terlebih dahulu sama ada di link ini atau memiliki akaun garena.

Setelah ini korang boleh muat turun installer PUBG Lite disini atau melalui laman web Garena.

Jika korang memenuhi spesifikasi yang dinyatakan dan telah melakukan proses diatas, esok korang sudah dapat menguji cuba PUBG Lite. Walaupun ada yang melalui akaun Garena, tetapi server yang dimain tetap sama dengan bukan melalui akaun Garena.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.