Digimon ReArise – Game Digimon Berbentuk 3D Hadir Di Telefon Pintar

0 1,251

Baru-baru ini Bandai Namco secara rasmi telah melancarkan “Digimon ReArise” di Jepun secara mengejut.

Dalam Digimon ReArise, watak pemain dan Digimon akan berdepan dengan kekuatan misteri jahat yang tiba-tiba muncul, dikenali sebagai Spiral. Berdasarkan maklumat developer, game ini merupakan pengembaraan pelatih Digimon dan digimon mereka.

Melalui maklumat yang dikeluarkan, Digimon boleh berkomunikasi sesama mereka di DigiTown dan hal itu juga berlaku bagi Tamer/Pelatih Digimon. Selain itu pemain juga boleh bertempur di “Battle Park,” iaitu bertempur sesama Digimon atau “ Clash Battle di mana semua orang menggunakan Digimon terkuat mereka. Dalam pertempuran, pemain boleh memilih 5 digimon iaitu 5 vs 5.

Dalam masa yang sama, pemain juga boleh melatih Digimon mereka untuk mencapai Digivolution, dan Digimon requests.

Digimon ReArise boleh dimuat turun melalui App Store untuk versi iOS dan melalui Google Play di Jepun. Setakat ini belum ada berita tentang versi English, mungkin tidak lama lagi jika mendapat penerimaan baik di Jepun. Stay Tuned.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.