DICE Umumkan Roadmap Perancangannya Sepanjang Tahun 2019 Untuk Battlefield V!

0 715

Pada 25 Mac iaitu semalam, DICE telah menghadirkan sebuah mode battle royale yang dinantikan oleh ramai orang di Battlefield V. Mode ini menggunakan nama Firestorm dan ia telah hadir untuk PC, PS4, dan Xbox One.

Sebelum ini, DICE telah mengeluarkan kenyataan bahawa peta yang diimplimentasikan dalam mode Battle Royale Firestorm ini. Peta ini akan memuatkan ukuran 10x lebih besar dibanding peta terbesar Battlefield V – Hamada.

Terkini, DICE mengungkapkan rancangannya sepanjang tahun ini bagai game Battlefield V. Berdasarkan pelan yang ditampilkan, nampaknya DICE akan menghadirkan peta baru, mode baru dan macam-macam lagi.

Pada Chapter yang dapat dimainkan ketika ini iaitu Trial by Fire, anda akan dihadirkan misi baru dan mode Hardcore untuk Combined Arms di bulan April, peta baru bernama Mercury pada bulan Mei 2019 dan mode baru bernama Outpost pada bulan Jun 2019.

Setelah chapter Trial by Fire, DICE juga akan melancarkan chapter 4 pada bulan Jun yang bertajuk Defying the Odds. Chapter ini akan lebih menumpukan pada pertempuran jarak dekat melalui mode baru dan 2 peta baru yang bernama Marita dan satu lagi peta yang masih dirahsiakan namanya. Peta Marita ini akan membawa anda mengimbau kembali ke tahun 1940.

Manakala yang terakhir, Awakening the Giant akan menjadi nama tema di Chapter ke 5. Setakat ini belum ada rincian tentang chapter ke-5 ini.

Battlefield V ini sudah dilancarkan sejak 20 November 2018 untuk platform PC, PlayStation 4, dan Xbox One.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.