Confirm! Halo: The Master Chief Collection Akan Hadir Untuk PC!

0 1,108

Halo merupakan antara game lagenda yang masih bertahan sehingga sekarang. Untuk pengetahuan anda, terutama peminat game Halo, Halo: The Master Chief Collection kini telah dipastikan akan hadir untuk PC.

Game Halo ini berbeza dengan game keluaran Microsoft lain, dimana ianya bukan hanya akan dilancarkan secara ekslusif di Microsoft Store tetapi juga akan dilancarkan di Steam.

Halo: The Master Chief Collection akan memberikan kesempatan untuk anda menikmati Halo: Combat Evolved Anniversary, Halo 2: Anniversary, Halo 3, Halo 3: ODST Campaign dan Halo 4 dalam format 4K UHD.

Yang menariknya Microsoft juga pastikan bahawa Halo: Reach juga akan termasuk dalam koleksi bundle ini. Sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web Steam, Halo: The Master Chief Collection akan menghadirkan 67 campaign mission, lebih 120 peta multiplayer dan peta Spartan Ops.

Cuma sayangnya setakat ini belum ada apa-apa maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga yang bakal di jual.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.