Call of Duty Mobile Akan Tiba Di Asia Tenggara Tidak Lama Lagi!
Pada tahun lalu, Tencent dan Activision telah mengumumkan Call of Duty Versi Mobile yang dikenali dengan nama Legends of War. Namun sebelum ini ia hanya dilancarkan di kawasan tertentu.
Pada baru-baru ini, admin ada berkongsikan bahawa game Call of Duty Mobile ini telah siap untuk dilancarkan di peringkat global secara percuma. Tencent bahkan turut mengeluarkan trailer terbaru tentang game ini.
Walaupun ia percuma namun kualiti grafik dan gameplay yang ditawarkan sangat superb. Game Call of Duty Mobile ini telah dibina dengan menggunakan 3D real-time Unity. Kita dapat melihat grafik yang ditawarkan hampir mendekati grafik Xbox 360 dan PlayStation 3.
Terkini tentang game ini, Tencent dan Activision akan menjalinkan kerjasama dengan Garena untuk melancarkan game ini di peringkat Asia Tenggara. Ini merupakan suatu berita baik bahawa khususnya gamer Malaysia akan dapat mainkan game ini.
Dengan kehadiran game ini, anda dapat menikmati sensasi pertempuran dalam bentuk First Person Perspective (FPP) yang dilengkapi dengan mod kompetitif, pilihan watak (characters), skin, peta dan lain-lain lagi.
Call of Duty Mobile ini akan memberi tumpuan pertempuran secara Multiplayer dari Call of Duty seperti di mode Seaech and Destroy dan Team Deatmatch. Beberapa peta yang pernah hadir dalam siri game Call of Duty turut dihadirkan dalam versi mobile seperti peta Nuketown, Crash dan Hijacked.
Setakat ini belum ada tarikh rasmi bilakah game ini akan dilancarkan, namun anda sudah boleh buat pra daftar di callofdutymobile.