Bilakah Fortnite Versi Android Akan Dikeluarkan? Ini Maklumat Rasmi

0 1,237

Salah satu game yang mendapat tempat dalam dunia akhirnya akan keluar ke platform telefon pintar. Game Fortnite dijangka akan tiba di telefon pintar Android pada musim panas ini.

Pereka game Fortnite, Epic Games mensasarkan musim panas ini, game tersebut akan keluar di platform Android dan menjanjikan akan mengumumkan lebih banyak informasi. Pada ketika ini belum ada tarikh dan rincian telefon Android yang manakah dapat mendukung game tersebut juga belum dinyatakan.

Jika berdasarkan telefon iOS, model iPhone 6S/SE antara model yang dapat mendukung game tersebut semasa ia dikeluarkan pada bulan April. Kemungkinan telefon yang senada Galaxy S7 dapat mendukung game tersebut. Namun hal itu, tunggu maklumat daripada Epic Games.

Jangkaan bahawa Fortnite versi Android kelihatan akan memiliki kesamaan yang banyak dengan versi iPhone dalam segi grafik dan kawalan.

Game ini juga boleh didapati di PC, MAC, Playstation 4 DAN Xbox One.

Setakat ini Epic Games belum mengeluarkan apa-apa rinciant tentang versi Android.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.