Baru Lancar Seminggu – Game Battle Royale Ini Terpaksa Akur Dengan Kegagalan
Game The Culling 2 baru sahaja dilancar seminggu lebih namun telah ramai pemain yang meninggalkan game tersebut. Pada siri 1, game The Culling berjaya mencapai jumlah pemain sebanyak 12.622 orang, namun siri 2 ini hanya 249 pemain sahaja. Lebih malang pada 16 Julai game ini hanya memiliki dua orang pemain sahaja.
Perkara seperti ini menyebabkan game tersebut mendapat rating yang buruk sekali iaitu “Very Negative” , rating yang jarang disandarkan di Steam.
Setelah 2 hari, akhirnya Xaviant Games terpaksa akur akan nasib malang yang menimpa mereka. Develepor game tersebut telah memuat turun kenyataan dalam akaun Twitter dengan mengatakan bahawa mereka memerlukan waktu untuk berehat sebentar dan memikirkan kembali masa depan studio ini.
Melalui video yang dimuat turun di YouTube, Director of Operations dari Xaviant, Josh Van Veld telah mengatakan bahawa The Culling 2 akan ditarik kembali peredaran game tersebut di kedai-kedai game digital baik di PC, PlayStation 4, dan Xbox One. Untuk mereka yang terlanjur membelinya, maka mereka akan dapatkan wang mereka kembali.
Josh mengakui mungkin adalah silap mereka kerana mengabaikan permintaan komuniti dan berjanji bahawa ia akan aplikasikan pelajaran tersebut di The Culling dengan terus memperbaiki game siri asal tersebut disamping membuat ia terus percuma.