ASUS ROG – Smartphone Gaming Paling Gempak Untuk Gamers

0 1,171

Pada 4 Jun 2018, Republic of Gamers (ROG) oleh ASUSTek Computer Inc atau lebih dikenali sebagai ASUS telah mengeluarkan smartphone gaming yang pertama di Taiwan.

Telefon ini merupakan telefon kedua selepas Razer yang menawarkan display 90Hz yang memberikan animasi yang lebih lancar. Yang paling best ROG phone ini dilengkapi dengan chip 2.96GHz Qualcomm Snapdragon 845. Chip Snapdragons yang paling terpantas setakat ini.

Telefon gaming terbaru ASUS ROG ini menggabungkan bahan kaca dan logam di bahagian belakang. Kebanyakan penutup belakang diperbuat daripada kaca manakala kawasan penyejuk haba diperbuat daripada logam. Logo ROG di belakang menyokong paparan latar belakang dan akan bercahaya apabila mod gaming diaktifkan.

Selain dilengkapi dengan chip Snapdragons yang paling terpantas setakat ini. Ia memakai GPU Adreno 630, dan mempunyai display berukuran 6 inci 18:9 AMOLED yang memiliki resolusi 2160×1080 pixels. Dengan 8GB dan kapasiti 512GB membuat phone ini absolute Monster. Bagi kamera, ROG phone memiliki 8 MP + 12 M dual kamera dan dua streo speaker. Kapasiti bateri adalah 400mAh.

Untuk mengaktifkan prestasi maksima cip laju, Asus membolehkan anda bertukar menjadi “X Mode” dengan meremas sisi telefon.Sebaik sahaja anda memasuki mode X, UI telefon akan berubah dari biru ke merah. Mod X ini bukan hanya sekadar design bagi kelaihatan menarik tetapi ia akan secara secara automatik mengoptimumkan prestasi untuk permainan dengan mematikan semua proses aplikasi latar belakang. X Mode juga mengawal AeroActive Cooler, dimana Asus telah menghadirkan aksesori kipas tambahan untuk telefon ini.

Yang membuatkan telefon gaming ini lebih gempak ialah tawaran aksesorinya. Terdapat gamepad klasik yang merancakkan lagi permainan melalui butang analog dan butang atas. Anda juga boleh menghubungkan game anda di TV ataupun Monitor, keyboard dan mouse. TwinView Dock boleh digunakan untuk skrin tambahan dan bateri tambahan 6000mAh.

Phone ini sangat best untuk anda main PUBG, ROS dan pada masa akan datang Fortnite pula.

 

Buat masa ini belum ada tarikh bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi. Jangkaan adalah suku ketiga tahun ini iaitu bermula Ogos. Dijangka harga pasaran telefon ini sekitar $780.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.