Tips Memilih Hero Terbaik Bagi Setiap Kategori Dalam Fortnite Save The World

Entry kali ini, Team Moshed akan berkongsikan kepada anda watak-watak atau heroes yang terdapat dalam Fortnite Save The World dan Heroes manakah yang terbaik untuk digunakan? Bagi anda yang belum tahu apa itu Fortnite Save The World, boleh klik ini https://moshedgaming.com/apa-itu-fortnite-save-the-world-adakah-berbeza-dengan-fortnite-battle-royale/ .Fortnite Save The World adalah game yang berbeza dan merupakan versi asal Fortnite: Battle Royale.

Dalam Fortnite Save The World terdapat 4 kategori hero iaitu soldiers, constructors, ninjas, dan outlanders. Setiap kelas hero mempunyai kelebihan dan peranan masing-masing.

1.Soldiers

Hero askar lebih menumpukan pada serangan. Jika anda ingin tumpu pada menembak zombi maka hero ini adalah untuk anda. Hero ini juga memiliki kelebihan untuk melontar bom dan meletak periuk api.

Jadi dalam kategori Soldier, hero apakah yang bagus untuk digunakan? Kami cadangkan kepada anda 3 jenis hero iaitu;

Urban Assault – antara hero yang beri damage paling banyak berbanding yang lain. Hero ini paling best untuk tembakan headshot dan memiliki kesan bom yang lama.

Special Forces – Hero ini sedap digunakan untuk single target burst dan meninggalkan damage yang banyak.

Raider– Hero yang menggunakan shotgun dan bagus unutk jarak dekat.

Selain heroes soldiers diatas, anda boleh pertimbangkan seperti hero Rescue Trooper, Centurion atau Shock Trooper.

2. Ninja

Ninja adalah antara hero terpantas, paling lincah, dan sangat sesuai untuk pertempuran, ditambah dengan kombo pedang mereka pula.

3 jenis hero yang dicadangkan ialah Dragon, Shuriken Master, atau Dim Mak.

Dragon–  dengan Dragon Slash, hero tersebut boleh memangkas kerumunan orang ramai dimana hero lain tidak dapat lakukan hal tersebut.

Shuriken Master – Ninja ini unggul dalam sasaran tunggal dengan melontar banyak shurikens dan dapat memangkas musuh secara efektif juga.

Dim Mak– Ninja yang terkenal dengan Bom . Selain itu ninja ini juga boleh menggunakan Dragon Slash untuk menghapuskan musuh.

3. Constructors

Constructors boleh membina struktur lebih cepat dan lebih murah daripada kelas lain.

Mega BASE – Daripada semua hero Mythic, Mega BASE Kyle adalah yang terbaik. BASEnya boleh menghasilkan damage dan sumber daya. Anda patut pertimbangkan Mega Base kerana hero ini benar-benar pembina terbaik untuk digunakan.

Power BASE – Jika anda tidak dapat memiliki Mega Base, maka Power Base adalah alternatif terbaik.

Controller – Decoy Controller antara yang bagus untuk pasukan.

 

4. Outlander

Outlanders adalah hero yang mempunyai peranan untuk mencari barang-barang yang rare. Kelebihan mereka memudahkan pencarian. Antara hero Outlander yang bagus ialah;

Pathfinder – Jika anda hendak mengumpulkan bahan-bahan, Pathfinder yang terbaik. Walaupun tidak begitu pantas namun dia mudah mengecam barang-barang yang rare.

Ranger– Dari sudut meninggalkan damage, ranger outlander adalah yang terbaik. Jika Ranger tidak menggunakan pistolnya, disarankan lebih baik dipilih heroes yang lain.

Recon Scout– Jika anda tidak ada Pathfinder maka Recon Scout pilihan alternatif anda. Dia juga lebih pantas daripada Pathfinder.

 

 

Comments (0)
Add Comment