Tahun ini sudah tidak dapat dinafikan, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dan Fortnite merupakan antara game mobile yang paling top ketika ini.
Walaubagaimanapun kedua-dua game ini memerlukan peranti yang memeliki spesifikasi yang mampan agar game ini dapat dimainkan secara nyaman. Di tambah pula, baru-baru ini Epic Games baru sahaja melancarkan Fortnite versi Beta di Android dan ia memerlukan peranti yang memiliki spesifikasi yang tinggi.
Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh Tencent dengan mengambil langkah melancarkan PUBG Mobile yang dapat dimainkan di peranti yang memiliki spesifikasi yang rendah. Game ini memiliki nama rasmi PUBG Mobile Lite, dan dapat dimuat turun di Google Play Store.
Jika sebelum ini, anda memerlukanperanti yang memiliki RAM 2GB dan Android 5.1 untuk memaikan game PUBG Mobile. Tetapi dengan PUBG Mobile Lite korang dapat mainkan game PUBG walaupun dibawah ukuran spesifikasi minimum.
Versi PUBG Mobile Lite akan ada sedikit perbezaan dengan PUBG Mobile versi biasa kerana penyesuaian. Jika versi asal, jumlah player adalah 100 orang maka dalam versi lite, hanya 40 orang sahaja. Ukurang map juga dikecilkan dari 8×8 km menjadi 2×2 km. Tetapi anda tidak perlu risau kerana kualiti grafik dan pengalaman bermain akan tetap terjaga.
Namun setakat ini PUBG Mobile Lite hanya dikeluarkan untuk platform Android, belum lagi tersedia untuk iOS.