Sepertimana kita telah sedia maklum permainan video/pc itu sendiri ada kebaikan dan keburukkannya. Ia tergantung kepada bagaimana individu mengendalikan hobi mereka.
Walaupun main game merupakan salah satu hobi yang sering dikaitkan dengan lelaki tetapi tidak salah pun untuk perempuan memiliki hobi yang sama. Sepertimana tidak salah kalau lelaki memiliki hobi memasak.
.
Kalau kita lihat di UK, hasil kajian menunjukkan 75% peratus dalam kalangan perempuan mempunyai hobi main. 15% daripada mereka terlibat dengan Esports. Malah ramai perempuan yang kini membuat duit melalui permainan video. Apapun tergantung bagaimana kita menguruskan hobi bermain game.
.
Jom check it out pandangan Team Moshed (aftayus) dan Gamer wanita Hana Wispie mengenai stigma Salah Ke Perempuan Main Game.