Bagi korang yang main PUBG Mobile dalam PC, korang tau tak selain dari guna Android emulator daripada Bluestacks dan NoxPlayer yang sangat leceh dari segi performance dan settings, mungkin korang boleh cuba gunakan emulator yang disediakan oleh Tencent iaitu Tencent Gaming Buddy yang memang dicipta sendiri oleh team yang membina game PUBG Mobile dan sudah tentu korang akan dapat performance dan settings yang sudah dioptimizekan untuk permainan No. 1 di dunia ni.
Kenapa perlu install PUBG Mobile emulator dari Tencent? Ianya adalah percuma untuk dimainkan di PC. Tencent telah membuat satu tindakan bijak di mana mereka hanya akan match kan player yang menggunakan emulator supaya adil kepada pengguna mobile yang tidak menggunakan mouse dan keyboard.
Dekat mana nak dapatkan emulator? Korang click link ni dan boleh download dan terus install. Tencent Gaming Buddy
Antara apa perkara pertama perlu buat sebelum bermain, korang mungkin kena tukar video engine kepada OpenGL untuk yang menggunakan pc atau laptop yang kekurangan kuasa GPU.
Kelebihan penggunaan emulator dari Tencent sendiri ini adalah kerana korang tak perlu setting lagi sebab setting default yang disediakan adalah memadai bagi standard player. Korang bandingkan di bawah.
Selamat mencuba!