Sempena Private Beta – AMD Tampilkan Gameplay The Division 2!

Tom Clancy The Division 2 merupakan siri sambungan game pertama The Division yang dilancarkan pada tahun 2016. Siri ke-2 game ini dijangkakan akan tiba pada 15 Mac 2019. Pada 7 Februari, Ubisoft telah melancarkan game ini bagi versi Private beta, dimana korang dapat mainkan bermula 7 Februari sehingga 11 Februari.

Kesempatan untuk bermain The Division 2 di private beta, hanyalah untuk mereka yang membuat pra tempah.

Dalam private beta ini, pemain dapat merasakan keasyikan permainan The Division2. Khabarnya setelah pemain membangunkan Base of Operation di White House, pemain dapat menerokai Washington DC.

Pemain juga berkesempatan untuk melaksanakan misi-misi yang tersedia di pelbagai mode seperti Story/Norma/Hadr mode. Termasuk dapat merasakan gameplay salah satu dari 3 Dark Zone baru serta gameplay PVP di salah satu Conflict mode.

Berikut adalah gameplay yang dikeluarkan oleh AMD.

 

Comments (0)
Add Comment