Sepertimana yang korang sedia maklum, PUBG telah mengeluarkan peta baru iaitu Vikendi. Disebabkan peta ini masih baru, ramai yang belum faham tentang peta ini dan percaturan yang perlu dimainkan di Vikendi.
.
Kalau korang minat main di Vikendi, ada beberapa perkara yang korang perlu take note untuk lebih menguasai permainan seperti keunikan peta vikendi, apa yang membuatkan peta ini berbeza dengan peta yang lain dan sebagainya.
.
Kalau diikutkan peta ini memiliki luas kawasan yang agak besar namun tidak seluas peta Erangel dan Miramar. Peta ini juga mengandungi banyak landmark, dan ia sering digunakan oleh pihak musuh untuk bersembunyi. Itu antara perbezaan ketara peta Vikendi berbanding peta yang lain.
.
Nature atau mekanik yang diketengahkan oleh peta Vikendi juga tidak sama. Ini point penting. Dengan tahu nature-nature setiap map, ia akan membuatkan korang lebih mudah mengatur strategi. Di Vikendi, kawasan dia agak berlicin dan bersalji. Jadi korang dapat lihat kesan tapak kaki musuh. Melalui situ korang dah boleh berjaga-jaga dan buat jangkaan musuh ada di mana.
.
Berbeza dengan peta lain seperti Sanhok, cuaca di Sanhok selalu berubah, dan petanya lebih kecil. Mode pertempuran juga lebih agresif dan cepat. Kalau di Erangle, semak samun dan batu jadi sahabat baik , untuk prone dan bersembunyi. Tak seperti Miramar, prone di tengah padang pasir memang cari alamat untuk kena tembak. Jadi kalau kena tembakan, lebih baik lari. Miramar kebiasaannya, ramai pemain akan menumpukan pada pertempuran jarak jauh.
.
Dengan faham nature ini, korang boleh agak senjata apa yang bakal berguna. Kalau di Sanhok, senjata yang power jarak dekat lebih diutamakan.Di Vikendi ini banyak tempat tersembunyi untuk korang snipe maka kalau boleh selau standby senjata yang boleh tembak jarak jauh. Entry lain admin akan kongsikan tempat best untuk korang snipe di Vikendi.
.
Dalam entry yang lepas, admin ada nyatakan bahawa Vikendi mempunyai 4 bandar besar, 11 bandar kecil dan 11 major landmark dan admin juga ada kongsikan 5 tempat hotspot untuk looting dan 1 tempat underated. Kebiasaanya perang besar akan berlaku di bandar-bandar besar manakala bandar kecil untuk mereka yang nak looting dahulu dan playsafe. Jadi dengan mempertimbangkan 5 tempat yang admin kongsi, korang boleh melakukan persedian dan lebih berhati-hati jika drop disana
.
Setelah pertimbangakan faktor mekanisme game, tempat-tempat looting yang hotspot, korang boleh gunakan kenderaan snowmobile untuk baca kawasan atau menjadi umpan. Kenderaan ini mudah dan pantas apabila bergerak di atas salji.
.
Akhir sekali ialah peranan ahli pasukan. Ini pendapat peribadi admin, ia bukan bentuk pasukan yang ideal untuk Vikendi tetapi korang boleh pertimbangkan. Setidak-tidaknya setiap pasukan ada seorang ahli yang berperanan sebagai sniper. Kedua, yang bermain sebagai support, maka senjata yang digunakan adalah bersifat close range seperti S12k/UMP/M416 dan yang sewaktu dengannya. Ketiga ialah attacker, attacker akan lebih bersifat sebagai pengawal. Jadi senjata yang digunakan adalah yang bersifat mid range seperti kategori assault Riffle dan mempunyai scope. Yang keempat boleh bermain sebagai healer + sniper.
.
Entry akan datang, admin akan kongsikan lebih banyak tips. Jangan lupa kongsi dengan member-member yang asyik kalah di Vikendi 😀 (gurau)