Rules Of Survival merupakan salah satu game battle royale yang paling popular. Game ini tidak kalah hebat dengan game PUBG. Nampaknya NetEase juga sedang berusaha untuk membawa game ini ke tahap yang lebih baik.
Pada keesokan hari iaitu 12/12, NetEase akan melakukan perubahan besar (major update) “ROS Ultra Epic New Version”. Update 12/12 akan dilancarkan untuk PC terlebih dahulu, manakala platform telefon pintar akan dapatkan update pada 19/12.
Dalam update terbaru ini, ROS akan memiliki sistem cuaca yang dinamik dan perubahan siang-malam. Berikutan HD graphics yang ditambah baik, korang akan dapat menikmati gambaran cuaca, masa dan pengcahayaan yang lebih realistik dan indah.
Dengan update terbaru ini, korang terpaksa suaikan dunia baru ini dengan persenjataan dan strategi permainan yang berbeza. Dengan mengambil kira faktor cuaca, korang akan ada advantage untuk mengalahkan pihak musuh dengan lebih cepat jika strategi yang digunakan adalah betul.
Selain perubahan cuaca, avatar dan model kenderaan juga ditambah baik. Antaranya, korang dapat lompat terus ke dalam bangunan melalui tingkap dengan pecahkannya. Selain itu, korang juga dapat memusnahkan pintu bangunan dan merosakkan kenderaan.
12 Disember ini update terbaru!