Reformasi Sony Dalam Arena Game Portable Ini Dapat Menggugat Mobile Gaming?

Pengurus baru perniagaan game Sony telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut sedang melakukan ujian dengan hardware protable yang baru.

Pada 2011, PS Vita dilancarkan di Jepun, namun  semasa pelancaran, dukungan perisian sudah tidak begitu baik. Hal ini menyebabkan ramai yang memikirkan kenapa Sony masih tetap melancarkannya.

Di barat, jualannya agak merundum, akan tetapi ia masih mendapat tempat dalam Jepun walaupun masih tertinggal dengan PSP.

Sejak kebelakangan ini, Nintendo telah mencatat kejayaan yang cemerlang apabila Swich portable mencatat jualan yang tinggi. John Kodera, yang memimpin jabatan gaming mengatakan orang ramai bakal melihat sesuatu yang baru dalam portable gaming yang berjenamakan Sony. Kodera juga mengesahkan bahawa Sony sedang menguji cuba dengan teknologi terbaru mereka dan mengatur strategi dalam arena portable.

Sony sedang mengujinya dengan PlayLink dimana ia membenarkan pemain untuk menggunakan telefon pintar untuk main beberapa game PS4. Setakat ini belum ada rincian adakah PlayStation akan memasukan elemen mobile dalam konsol yang bakal dikeluarkan ini?

Dalam masa yang sama Sony juga mengatakan PS4 semakin menghampiri kitaran hayat dan dijangka lagi 3 tahun, kemungkinan PS5 akan dikeluarkan.

Comments (0)
Add Comment