Realm Royale – Game Battle Royale Terbaru Yang Dapat Menggugat Fortnite?

Realm Royale boleh dikatakan game Paladin versi Battle Royale. Kedua-dua game tersebut di terbitkan oleh Hi-Rez . Pada asalnya, Hi-Rez ingin menambahkan elemen battle royale dalam game Paladins namun atas sebab tertentu mereka memilih untuk melancarkan sebuah game battle royale yang stand alone. Maka terhasillah game Realm Royale.

Game itu dilancarkan secara rasmi di Steam dengan nama Realm Royale pada 5 Jun 2018. Hi-Rez Studio telah mengeluarkannya secara percuma bagi versi Early Access dan dalam masa yang sama penerbit juga menganjurkan pertandingan streaming selama 130 jam tanpa henti.

Game ini memiliki kemiripan dengan game Fortnite iaitu dengan memakai grafik ala kartun. Game itu juga dikhabarkan dapat memberi saingan sengit kepada game Fornite. Kini ramai streamer yang cuba membuat perbandingan, game yang manakah yang lebih baik.

Sebenarnya kalau kita teliti, kedua-dua game ini memiliki kelebihan masing-masing. Game ini menawarkan feature-feature yang cukup unik untuk berikan pengalaman keseronokan permainan yang baru. Game ini tidak melibatkan pembinaan struktur perlindungan. Jika anda tidak sukakan elemen tersebut dalam Fortnite, maka anda patut cuba game ini.

Realm Royale menawarkan 5 jenis kelas hero yang berbeza iaitu Warrior, Engineer, Assassin, Mage, dan Hunter. Setiap kelas tersebut memilki kekuatan dan kelebihan istimewa yang berbeza. Selain itu, corak permainan Realm Royale juga tidak sama dengan Fortnite.

Senjata yang ditawarkan juga menarik bahkan anda boleh upgrade senjata tersebut menjadi senjata lagenda. Anda boleh memakai senjata shotguns, snipers, crossbow dan senjata lain bahkan pedang untuk menghentam pihak lawan.

Corak permainannya secara umum sama seperti game battel royale lain iaitu anda akan diturunkan dari pesawat dan bertarung untuk bertahan. Dalam masa yang sama anda juga boleh mendapatkan beberapa loot untuk mengupgrade senjata. Tetapi yang bestnya anda juga dapat menggunakan kuda yang dibekalkan kepada anda untuk bergerak dengan lebih pantas.

 

Buat masa ini, game Hi- Rez Studio hanya mengeluarkan ia di PC, dan platform lain bakal menyusul. Peminat game battle royale jangan lepaskan peluang untuk mencuba dengan dapatkanya secara percuma di Steam.

 

Comments (0)
Add Comment