Pada bulan lepas iaitu 22 Jun, PUBG telah mengeluarkan peta baru iaitu Sanhok. Tidak lama selepas itu PUBG turut ingin mengeluarkan kenderaan baru. Dalam masa yang sejak akhir ini juga terdapat desas desus bahawa PUBG akan menghadirkan senjata baru.
Ternyata berita tersebut menjadi realiti. Pada 16 Julai PUBG menerusi tweet Twitternya telah mengumumkan bahawa akan ada senjata baru yang akan menggantikan senjata mini 14. Senjata QBU, Marksman Rifle reka bentuk terbaru hanya boleh didapati di peta Sanhok.
Senjata QBU memliki ciri-ciri yang tidak dimiliki oleh senjata lain, iaitu ciri khas seperti sokongan tripod. Justeru, senjata terbaik untuk digunakan dalam posisi meniarap kerana dengan sokongan tripod, ia akan menambahkan lagi kestabilan dan mengurangkan recoil.
Atas sebab tersebut senjata hanya dapat meninggalkan muzzle dan slot extended/quickdraw sebagai slot tersedia.
Walaubagaimanapun ia memiliki beberapa kekurangan seperti damage serangan yang lebih rendah berbanding senjata DMR lain dan bersifat semi-auto rifle. Kerana ia akan menggantikan mini 14 maka QBU juga akan turut memakai peluru .56.
Setakat ini belum tahu bila tarikh akan dilancarkan pembaharuan ini.namun menurut PUBG tidak lama lagi.