PUBG Mobile Zombie Mode Mai Dah!!!

Sebelum ini Moshed Gaming ada update tentang info mode zombie dalam PUBG Mobile. Dalam entri tersebut dinyatakan bahawa ada yang berspekulasi zombie mode akan tiba pada update yang lepas 0.10.5 dan satu lagi mengatakan ia akan hadir pada update 0.11.0 berikutan pelancaran game Resident Evil 2.

Ternyata mereka yang berspekulasi bahawa zombie mode akan hadir pada update 0.11.0 adalah benar. Pada 25 Januari, kita bukan sahaja dapat merasai game Resident Evil 2 tetapi juga mode zombie dalam PUBG M.

PUBG sendiri telah mengeluarkan update beta bagi 0.11.0 di sebuah ruangan khas untuk menguji cuba update terbaru tersebut.

Mode Zombie PUBG Mobile atau nama rasmi mode tersebut ‘Sunset’ boleh dimain di peta Erangel dalam update beta. Kalau sebelum ini, 1 permainan mengandungi 100 pemain, tetapi dalam mode Sunset/Zombie hanya 60 pemain sahaja dalam 1 masa. Konsep masih sama, pemain dikhendaki bertahan menjadi terakhir, namun kalau sebelum ini hanya bertempur dengan pemain lain, kali ini korang terpaksa bertempur dengan zombie dan pemain-pemain.

Zombie ini akan terbahagi kepada 2 jenis zombie. Pertama adalah zombie yang biasa dan kedua adalah ‘boss zombie’ inspirasi daripada boss zombie dalam game Resident Evil 2. Menariknya, kalau korang dapat bunuh boss zombie, korang akan mendapat loot yang banyak.

Dalam mode sunset/zombie ini, akan ada perubahan cuaca iaitu siang dan juga malam. Pada malam hari, zombie akan lebih banyak jika dibandingkan pada waktu pagi. Jadi gameplay akan bertambah rumit. Main menu dan muzik yang akan bertemakan Resident Evil 2 nanti.

Selain itu, update 0.11.0 juga akan menambah moonlight mode(aurora) dalam Vikendi dan peta Sanhok dalam Quick Match. Beberapa feature PUBG PC juga akan ditambah dalam PUBG M seperti Damage stacking, dimana makin jauh korang dalam blue zone, makin sakit dan juga Air raid adjustment.

Tidak sekadar itu, beberapa senjata baru akan diperkenalkan, korang akan dapat senjata gatling machine gun yang sering dipakai dalam filem Terminator dan senjata flamethrower juga akan diperkenalkan.

Setakat ini belum diketahui bilakah update penuh 0.11.0 akan dikeluarkan tetapi jangkaan kemungkinan secepat mungkin.

 

*note: Kalau korang download beta, kemungkinan besar beta 0.11.0 sudah capai maximum user. Jadi kena tunggu versi penuh, sebab beta ada had user.

Comments (0)
Add Comment