Rasanya tak sampai sebulan kita baru sahaja dapatkan update terbaru dari PUBG iaitu kehadiran peta Vikendi. Tetapi ramai player yang merungut kerana ramai yang lag bila bermain di peta tersebut. Jadi lepas ini korang yang suka main di Vikendi dah tak perlu risau sebab salah satu penambahbaikan untuk update 0.10.5 ialah menyelesaikan isu lag. Tidak sekadar itu, fungsi cuaca Day, Moonlight dan Snow juga akan dihadirkan.
.
Selain itu, kalau korang perasan sebelum ini Tencent ada buat pengumuman dalam acara PUBG Mobile Star Challenge (PMSC) 2018 bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Resident Evil 2. Nampaknya hasil dari kerjasama tersebut, pemain PUBG bakal dapatkan mode Zombie. Mode Zombie ini akan hadir di menu arcade berserta mode War, Quick Match, Mini Zone, dan Sniper Training. Dalam mode Zombi, korang dan player lain akan bertempur dengan 98 jenis zombie.
.
Selain mode zombi, update terbaru juga menawarkan death cam, di mana feature tersebut korang dapat lihat dengan jelas player yang mati dalam game. Hadir juga senjata yang popular di PUBG PC iaitu MK 47 Mutant. Senjata ini adalah senjata yang tinggalkan damage yang tinggi.
.
Korang juga bakal dapatkan kenderaan baru iaitu “Tukshai”. Sebuah kenderaan seperti beca automatik. Kenderaan ini boleh didapatkan di peta Sanhok.
.
Khabarnya update terbaru akan hadir pada 18 hingga 20 Januari 2019. Stay Tuned