Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menggemari PUBG hanya mampu memainkan game ini di telefon pintar kerana ia lebih mudah untuk diakses (percuma) dan tidak memerlukan bajet yang tinggi.
Di sisi lain pula, jika kita ingin memainkan PUBG di PC, paling minimum kita memerlukan grafik kad NVIDIA GeForce GTX 960 2GB / AMD Radeon R7 370 2GB, RAM 8GB dan Intel Core i5-4430 / AMD FX-6300.
Tetapi sekarang, korang yang tidak dapat merasakan mainkan PUBG PC sudah tidak perlu khuatir sebab PUBG akan mendapatkan versi khusus sesuai dengan spesifikasi PC yang rendah iaitu PUBG LIte.
PUBG Lite pada asalnya merupakan PUBG Project Thai. Ia dibuat khas untuk PC yang memiliki spesifikasi rendah dan untuk negara-negara yang memiliki jaringan internet yang terbatas dari segi kepantasan.
PUBG LIte ini akan melancarkan versi betanya iaitu pada 24 Januari iaitu besok sehingga 31 Januari untuk negara Thailand sahaja bagi memeriksa kestabilan game dan server permainan. Walaubagaimanapun tak perlu khuatir, PUBG Lite ini akan dilancarkan di peringkat global secara berperingkat. Setakat ini belum ada tarikh yang diumumkan untuk versi global.
Tetapi korang yang ingin juga mencuba versi beta dan tinggal diluar Thailand, beberapa orang telah kongsikan cara-caranya di Youtube dan forum-forum game seperti reddit. Korang boleh tonton atau baca dan pertimbangkan nanti.
Walaupun, PUBG Lite ini hanya memerlukan spesifikasi PC yang rendah, tetapi kualiti grafik yang ditampilkan tidak kalah hebat. Hanya texturenya sahaja agak sedikit kurang, tetapi setidak-tidaknya beberapa kali ganda lebih cun dari PUBG emulator.
Spesifikasi yang korang perlukan adalah seperti dibawah.
Tambahan: PC Lite ini percuma (buat masa ini), belum tahu apakah versi penuh nanti akan dikenakan bayaran atau masih percuma.
Korang boleh rujuk website utama untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, pastikan korang on translator untuk terjemah web tersebut.