Sejak beberapa bulan yang telah berlaku pertempuran antara 2 kubu iaitu antara Felix ‘PewDiePie’ Kjellberg dengan T-Series. Masing-masing ini mencatat atau mengekalkan rekod sebagai no 1 subcribers youtube paling banyak dalam dunia.
Takhta no 1 subcriber youtube terbanyak setakat ini dipegang oleh PewDiePie. Kalau tengokkan rekod pada bulan 10, subcribers beliau ialah sebanyak 66.6 juta diikuti oleh T-Series yang mencatat 64.2 juta subscriber. Namun kedudukan mereka saling tergugat, kedua-duanya saling mencantas antara satu sama lain.
Tetapi baru-baru ini terdapat seorang hacker, kemungkinan hardcore fans PewDiePie telah menggodam GTA V. Hacker ini telah menghantar sebuah pesanan ringkas kepada seluruh gamer GTA V dengan meminta agar gamer-gamer GTA V melanggan channel PewDiePie. Harapannya mungkin tidak mahu takhta no 1 ini jatuh ke tangan T-Series.
Setelah pesanan ringkas itu dihantar, ramai hardcore fans PewDiePie mula mengorak langkah. Sehingga mereka tolong sebarkan mesej “Subscribe PewDiePie” di billboard, siaran TV , Radio dan segala apa bentuk medium yang ada. Korang boleh tengok gelagat mereka disini.
Buat masa sekarang, rekod no 1 masih dipegang PewDiePie dengan 74 juta subscriber dan T- Series juga dalam lingkungan angka 74 juta.
lihat statistiknya di sini :