Nampaknya game PlayerUnknown’s Battlegrounds berkemungkinan akan mendapatkan perubahan yang besar. PUBG Corp pada hari ini melalui laman web mereka telah memaklumkan bahawa pihak PUBG sedang dalam proses membuat remaster peta awal PUBG iaitu Erangel. Proses remastering mencakup memperbaiki peta tersebut dan membuatkan loot sedia ada lebih balance.
Menurut pihak developer, “We understand that loot balance is a very important part of the game but also recognize that the map layout is just as important, so we’re working hard to ensure that any changes made to either will feel good when completed. We plan to start testing several potential changes to Erangel soon, and will share our plans for these tests in the coming weeks.”
Mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa perubahan yang dilakukan akan meningkatkan mutu peta tersebut bila selesai. Pihak PUBG juga mengatakan bahwa mereka akan berkongsikan pelan update tersebut dalam waktu terdekat.
Dalam masa yang sama PUBG juga menegaskan bahawa beberapa gambar perubahan yang bocor tersebut adalah masih dalam fasa percubaan.
Setakat ini menerusi komen oleh komuniti, dapat disimpulkan 3 perkara yang diharapkan oleh para pemain game PUBG iaitu menambahkan kawasan kompaun. Kedua, menambahkan lebih banyak loot dan akhir sekali menambahkan lebih banyak pulau.
Jika dilihat melalui kenyataan PUBG untuk membuatkan peta Erangel lebih mesra dan menarik, nampaknya usaha tersebut tidak main-main dan bersifat jangka panjang.
Meremaster konten sedia adalah suatu yang bagus kerana ia menunjukkan komitmen developer untuk menjaga kualiti gamenya.