Pada 3 Dec 2018, Nvidia telah mengeluarkan sebuah video di Youtube melalui akaun mereka berkenaan kajian mereka terhadap cara mengimplementasikan teknologi kecerdasan buatan (AI ) ke dalam grafik komputer.
Dengan pergerakan revolusi industri keempat yang semakin marak ia berhasil menghasilkan banyak inovasi dalam dunia teknologi seperti yang dilakukan Nvidia. Apa yang Nvidia cuba lakukan ialah mereka cuba memanfaatkan ‘deep learning’ untuk ‘melatih’ GPU sehingga paparan visual tampil lebih tajam sehingga prestasi 2x lebih cepat berbanding produk-produk generasi sebelumnya.
Misi mereka ialah, mereka ingin bangunkan suatu sistem yang dapat mentransformasikan video menjadi ‘versi render digital’. Sistem ini mampu untuk menangkap rincian yang ada dalam dunia realiti/nyata. Kemudian, machine learning akan digunakan untuk menganalisis video. Ia dapat menghasilkan suatu gambaran yang hampir sebiji seperti dunia realiti dan ia mampu diterapkan ke dalam dunia hiburan (seperti gaming).
Menurut Nvidia, method ini berpotensi membantu perkembangan dalam pelbagai bidang , bukan sekadar gaming bahkan kedalam bidang seni reka cipta, automotif, robotik dan lain-lain lagi.
Sejauh mana dan bagaimana adaptasi terhadap dunia gaming, belum ada maklumat setakat ini, namun untuk beberapa tahun kehadapan kita mungkin dapat harapkan lebih banyak remaster game-game lama dengan menambahkan grafik high-definition yang lebih real melalui melakukan rendering.
bacaan lanjut: NVIDIA: The First Interactive AI Rendered Virtual World