Bermula tahun 2018, genre game battle royale semakin digemari dalam kalangan gamer. Sejak itu, banyak penerbit telah mula menghasilkan game bergenre battle royale.
Ada yang kekal dengan battle royale yang bersifat mainstream iaitu dengan konsep pertempuran survival tembak menembak. Ada yang juga melakukan inovasi seperti yang dilakukan oleh game Stormdivers, dimana ia menawarkan konsep battle royale yang bersifat futuristik. Tidak lupa juga game Super Animal Royale. Game yang dilancarkan oleh Pixile Studios membawa konsep battle royale dalam bentuk 2D dengan menggunakan karakter binatang.
Kini yang terbaru, sebuah game yang baru sahaja dilancarkan – Notmycar. Baru minggu ini ia keluar di pasar, ianya percuma dan keluar dari norma mainstream game battle royale yang ada. Notmycar merupakan game yang dikeluarkan oleh Skybound Game dan dihasilkan oleh NMC Studios. Ia menggabungkan unsur battle royale dan racing.
Gamenya lebih kurang seperti PUBG, korang boleh guna senjata untuk kalahkan pihak musuh. Hanya ianya menggunakan kereta lumba. Dapat dikatakan PUBG + Twisted Metal.
Notmycar kini sudah boleh dapat dimainkan secara percuma di PC pada peringkat early access melalui Steam. Versi penuh akan dilancarkan pada Oktober nanti.