Sepertimana korang sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi musim ke 4 PUBG Mobile dan musim ke 5 bagi PUBG Mobile akan menyusul dalam beberapa hari lagi.
.
Menjelang kehadiran musim terbaru, kita akan dapatkan berbagai penambahbaikan dari PUBG sendiri seperti skin baru, senjata baru, dan yang paling sering diperkatakan ialah mod zombi. Tetapi betulkah mod zombi akan ada?
.
1) Penambahan Mod Zombi?
Sebelum ini admin pernah kongsikan berita bahawa Tencent telah mengumumkan bahwa mereka sedang menjalinkan dengan Capcom (pencipta game Resident Evil 2). Jadi tidak hairanlah mengapa ramai yang spekulasi bahawa update terbaru ini akan menghadirkan mod zombi. Ditambah pula terdapat beberapa sumber yang bocor menunjukkan zombi dalam gameplay.
.
Namun harus diketahui, setakat ini belum ada pengumuman rasmi dari Tencent berkenaan mod zombi itu sendiri.
.
Setakat ini komuniti berpendapat, mod zombi memang akan hadir kerana terdapat video yang bocor menunjukkan versi beta PUBG Mobile 0.10.5 terdapat zombi dan peta mode zombi. Jadi paling cepat mod zombi akan hadir dalam update yang bakal menyusul.
.
Satu lagi pihak pula berpendapat bahawa ia akan hadir pada update ke 0.11.0 atas alasan Capcom akan lancarkan game Resident Evil 2 remake pada 25 Januari 2019. Maka kita dapat simpulkan setakat inim mod zombi berkemungkinan besar akan hadir di PUBG Mobile, cepat atau lambat sahaja.
.
Selain mod zombi, apa yang korang boleh jangkakan atau harapkan dalam update terbaru ini ialah;
2) Satu set pakaian baru
Kalau musim 4 sekarang kita ada set pakaian beruang, mummy dan koboi, musim ke -5 kita berkemungkinan besar akan dapat pakaian yang berinspirasikan lagenda assasin, pakaian tradisi pahlawan jepun kuno, birthday cake suits, gold body suit dan bermacam-macam lagi.
boleh lihat lanjut di twitter pubg mobile leak.
3) Skin Baru
Terdapat kemungkinan korang akan dapatkan skin berwarna emas untuk AKM dan UMP, hitam putih naga untuk Kar98k. Selain kenderaan juga akan dapatkan skin terbaru.
4) Item dan Senjata baru
Admin sudah kongsikan sebelum ini, bahawa update terbaru akan menampilkan senjata MK 47 Mutant, peralatan senjata laser sight, dan kenderaan Tukshai
5) Perubahan pada peta Vikendi
Peta Vikendi akan lebih stabil berbanding versi beta ini. Turut ditambahkan mode malam untuk Vikendi. Selain itu, barangan (looting) di VIkendi juga akan ditambah baik. Jadi lepas ini akan lebih mudah pemain jumpa senjata sniper.
.
6) Update-update lain
Kemungkinan terdapat kawasan bersalji di peta Erangel, perubahan cuaca baru di Miramar dan Erangel, feature death cam yang membolehkan korang replay saat kematian dalam game, tarian baru, classic voice dan sistem UC untuk BP.
.
Stay tuned gais, setakat ini banyak yang bersifat spekulasi, Team Moshed gaming akan kongsikan nanti apa yang betul-betul dipastikan bila Tencent lancarkan update terbaru ini antara tarikh 18-20 atau akhir Januari ini.