Monster Hunter World Versi PC Bakal Dilancarkan Ogos Ini

Walaupun terlambat 7-8 bulan, akhirnya Capcom mengumumkan jadual pelancaran bagi game “Monster Hunter: World” versi PC.

Pengumuman ini dikeluarkan oleh Capcom sendiri dalam sebuah bentuk video singkat yang bercorak trailer. Berdasarkan informasi yang diberikan game Monster Hunter World versi PC ini boleh didapatkan melalui Steam.

Anda sudah boleh melakukan pre-order bagi mendapatkan bonus Origin Set: iaitu sebuah Armor set yang wajib dimiliki oleh peminat game ini dan bonus Fair Wind Charm: Fair Wind Charm dilengkapi dengan skill yang dapat meningkatkan kekuatan serangan dan mengurangi damage yang diterima. Dalam masa yang sama Capcom juga menawarkan edisi Digital Deluxe.

Selain itu terdapat berita bahawa game versi PC ini akan memiliki perbezaan dengan versi yang dikeluarkan di konsol dan dijangka tidak akan mendukung penggunaan mod.

Mengenai dukungan spesifikasi PC yang telah dibocorkan oleh salah sebuah syarikat milik Tencent, game ini dapat dimainkan secara minimum di PC yang memiliki spesifikasi seperti berikut;

Minimum

OS: Windows 7, 8, 8.1, 10 (64-bit)
Processor: Intel Core i5-4460, 3.20 GHZ atau AMD FX-6300 ke atas
Memory: 8 GB RAM
Graphic: NVIDIA GeForce GTX 760 atau AMD Radeon R7 260x (VRAM 2GB ke atas)
DirectX: Version 11
Storage: 20 GB
Sound Card: Kompatibel dengan DirectSound (DirectX 9.0c atau lebih tinggi)
Target: Mouse, keyboard, dan game pad (baik DirectInput dan XInput) akan didukung. 30fps pada 1080p dalam setting grafik rendah.

Game ini akan hadir di Steam pada tanggal 9 Ogos nanti.

Comments (0)
Add Comment