Sebagai game battle royale top dunia, PlaterUnknown’s Battlegrounds atau PUBG selalu berusaha untuk memperbaiki gamenya agar keliahtan lebih realistik dan menarik. Seperti Fortnite, PUBG juga menawarkan ruang untuk pemain menyesuaikan karakter mereka dengan berbagai item yang dapat dibeli dalam game tersebut.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini game tersebut telah terpalit dengan kontroversi berikutan salah satu item kosmetik yang dikeluarkan oleh mereka iaitu pilot mask. Bagi menghindarkan kontroversi itu terus memburuk, PUBG telah mengambil keputusan untuk menarik kembali item tersebut.
Topeng/ pilot mask itu menjadi kontroversi berikutan corak ”rising sun” pada topeng tersebut. Corak tersebut terikait dengan perjalanan sejarah penjajahan jepun pada masa lalu sehingga ia mengundang banyak kritikan oleh player Korea dan China .
Lebih mengkeruhkan keadaan ialah terdapat salah satu bot AI yang memakai nama Unit 731 iaitu sebuah unit khas yang pernah diguanakan oleh Jepun dalam melakukan percubaan senjata kimia keatas tawanan perang China, Korea dan Rusia.
Atas dasar ini, develepor PUBG telah melakukan permohanan maaf dan akan merefund semua player yang membeli topeng tersebut.