Pada bulan Ogos lalu, syarikat game terbesar China Tencent telah dihimpit dengan isu undang-undang yang ingin diterapkan oleh kerajaan China. Isu ini telah menyebabkan saham Tencent jatuh lebih 5%.
.
Kerajaan China telah mengusulkan agar kanak-kanak dikenakan had masa bermain game kerana ia dapat mengancam kesihatan kanak-kanak terutamanya pada bahagian mata kerana terlalu lama main game mobile khususnya.
.
Justeru Tencent telah mengambil tindakan dengan menerapkan age system rating dan had masa bermain untuk kanak-kanak. Tidak hanya sekadar itu, Tencent malah menerapkan sistem pengimbas wajah bagi game Honor of Kings (AOV China).
.
Sistem verified umur ini dihubungkan dengan data pendaftaran yang termaktub dalam pentadbiran. Pemain yang berusia bawah 12 tahun, hanya boleh bermain game 1 jam sahaja dari 9p.m sehingga 8a.m. Manakala mereka yang berumur 13-18 tahun hanya 2 jam sahaja bermain dalam tempoh 24 jam.
.
Pada 4 Disember lalu, Tencent secara rasmi telah menerapkan sistem pengimbas wajah bagi AOV. Hampir 98% dari jumlah user telah ditolak akses bermain.
.
Apa pendapat anda, apakah patut kalau langkah ini ditiru dan diterapkan di Malaysia?
Gambar: respon kanak-kanak kreatif yang berhasil log ini dengan ambil gambar ibubapa secara senyap-senyap