Kepentingan Penggunaan Emblem Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Weh korang biar betul dah main Mobile Legends lama pun still tak tahu apa function emblem? Betul ke tak betul ni? Patutlah orang lain pakai Hero tu power, korang sibuk nak beli jugak, tapi bila korang pakai, noob dia ya tohannn.

Rupanya masih ramai golongan yang boleh dikatakan separa pro dan separa expert, tidak mengendahkan malah tidak tahu pon fungsi Emblems yang telah diimplentasikan yang mana fungsi-fungsi emblem itu dapat mempengaruhi Stats dan Effects.

Jom kita tengok step by step berkenaan settings Emblem, fungsinya dan cara menggunakannya.

DI MANA NAK DAPATKAN EMBLEM FRAGMENT

Kita biasanya boleh dapatkan melalui Get Reward dan Achievements.

Seperti gambar di bawah kita boleh lihat dalam kotak kuning, kita telah dapat Physical Emblem Fragment sebanyak 4 points dan Fighter Emblem Fragment sebanyak 3 points. Manakala dalam kotak merah pula ialah Magic Dust yang akan diulas lanjut kemudian.

Untuk melihat jumlah emblems dalam simpanan boleh lah pergi ke Bag> Emblems. Setiap Emblem mempunyai characteristic masing-masing dan hanya boleh digunakan untuk upgrade Emblems yang matching dengannya.

EMBLEMS UPGRADE

So seperti gambarajah di bawah (Prep> Emblems), di sini lah kita boleh upgrade Emblems.

So di sini kita klik logo Physical Emblem seperti dalam kotak kuning, untuk kerja2 upgrade dan lain2 settings dijalankan. So ini adalah contoh upgrade emblem dari Lv18 ke Lv19 yang mana akan menaikkan stat HP Regen sedia ada +4.00 kepada +5.00 yang mana akan menelan kos seperti di bawah.

50 Physical Emblems yang berada dalam simpanan + 120 Magic Dusts + 125 Battle Points (Magic dust diperlukan untuk tambahan kepada 120 Physical Emblems yang kekurangan dalam simpanan Bag kita)

*Magic dust – boleh digunakan untuk tambahan untuk upgrade bagi setiap jenis emblems jika tidak mencukupi. So tips di sini jangan gunakan magic dust terlebih dahulu, sila fikir dahulu dan guna jika benar-benar memerlukan.

Dan jika kita lihat stats pada Physical Emblem sekarang berada pada Lv18 di mana:

  • Physical ATK = +6.00
  • HP Regen = +4.00
  • Crit Chance = +0.50%
  • HP = +98.00
  • Attack Speed = +1.00%

Stats yang akan diupgradekan adalah berubah mengikut Lv dan hanya 1 stat saja diupgrade bagi setiap Lv.

 

EMBLEM TALENT

Emblem Talent pula unlocked apabila Emblem mencapai Lv15. Emblem Talent mempunyai 3 peringkat atau tier, di mana tier 1 dan tier 2 akan fokus kepada stats manakala tier 3 memberikan effect tambahan contohnya Life Drain, Energy Absorption dan Open Fire dll.

Untuk unlock ruangan Emblem Talent tier 1 dan tier 2, Emblem mestilah mencapai Lv15, manakala untuk tier 3 pula Emblem perlulah mencapai Lv20/30/40 bergantung kpd jenis Emblem.

Anda boleh max out 3 kan points untuk setiap slot progress di tier 1 dan tier 2 tetapi hanya 1 point untuk tier 3.

 

MENGAPA EMBLEM TALENT PAGE INI PENTING

Seperti dikatakan di atas, Emblem Talent tier 1 dan tier 2 dapat menambahkan stats yang amat penting (1 point stat pon penting woooo jangan main-main, hehe), manakala tier 3 pula memberikan effects tambahan yang dapat menjadi titik permulaan game control.

 

Comments (0)
Add Comment