Dalam acara Microsoft di E3 2018, Bandai Namco bersama Spike Chunsoft telah mengumumkan game terbaru mereka – Jump Force, yang akan segera dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Game Jump Force merupakan sebuah game pertarungan aksi dikembangkan untuk memperingati ulang tahun ke-50 Jump Weekly.
Game ini bakal mempertemukan sejumlah karakter komik Shonen Jump yang popular seperti Goku, Luffy, Naruto, Frieza dan lain-lain lagi. Game fighting ini adalah hadiah buat gamer yang menggemarI manga dan anime keluaran Shonen Jump.
Jika anda lihat di trailer, Jump Force memiliki kualiti grafik yang sangat cantik dan ditambah dengan pelbagai karekter anime yang dapat digunakan. Akhirnya impian penggemar anime/manga untuk menggunakan Goku, Luffy dan Naruto dalam permainan dikabulkan.
Corak permainan game ini, ialah game ini mendukung 2 pemain, sama ada unutk main secara offline atau online. Konsep game ini ialah para pendekar dari manga hadir ke dunia nyata untuk menghadapi ancaman paling berbahaya yang mengancam kehidupan umat manusia.
Jika dilihat di trailer, banyak kawasan perlawanan terinspirasi oleh siri yang berbeza, seperti patung Hokage yang rosak dari Naruto dan Thousand Sunny dari One Piece.
Permainan ini memakai latar tempat lokasi dunia nyata, seperti Time Square di New York City atau Matterhorn di Pegunungan Alpen. Setakat ini, tidak ada kenyataan rasmi jika hanya akan ada lokasi dunia nyata, atau jika pemain juga akan dapat bertarung secara bertahap dari siri lokasi yang berbeza.
Selain itu ia juga menggunakan sistem tag 3-on-3 seperti konsep yang digunakan dalam Naruto: Ultimate Ninja Storm.
Game ini dikhabarkan bakal hadir pada tahun 2019. Stay Tuned.