ITEM Paling Imba Untuk Tigreal Korang Kena Follow | Tips and Trick

Hi semua. Harini Moshed Gaming ada sedikit TIPS item apa yang wajar dibeli oleh  Tihreal dalam Mobile Legend.

“A warrior’s duty, is to bring victory.” Haha ini adalah antara salah satu quote yang popular semasa menggunakan Hero Super Tanker yang super keras niii! Memang kena dengan quote nya sebab bila dalam team yang ada Tigreal memang biasanya boleh menang. Tapi kalo dah kedua-dua belah team ada Tigreal camna pulak kan, tengok sape power la kan, haha.

Ok, basically Tigreal ni adalah Tanker dan sangat superb sebagai “crowd control” dan “initiator” iaitu macam pemula perang la masa team enemy tengah pening-pening nak serang tak nak serang nak serang tak nak serang tu kan, kira Tigreal ni jadi macam tukang provoke la hehe.
Korang tengok bawah ni ialah basic attribute untuk tanker ni. Boleh tahan jugak ni dengan HP yang supermassive nya.

________________________________________________________________________

Ability

Passive Skill – Fearless : Ini adalah skill passive di mana Tigreal hanya menerima critical damage yang dikurangkan sehingga 32%~60%, wowww patot la kerasss! Dan effect ini akan bertambah apabila naik level. Dia juga kesan defense physical dan magical yang terhasil daripada items dan emblems dinaikkan lagi 15%, perrhh memang kental lahhh.

________________________________________________________________________
First Skill – Attack Wave : Mana Cost:80, Cooldown: 9.5 – Kalo korang nak tau skill ni dia macam bulan sabit besar gerak teros ke depan Tigreal, macam biasa skill ni korang boleh halakan ke arah yang korang suka atau dia akan auto gerak ke depan Tigreal jika korang tak tentukan arah. Mengakibatkan kerosakan sebanyak 300 dan ditambah lagi +80% daripada jumlah Physical ATK dan menurunkan 65% kelajuan pihak lawan selama 2s.

________________________________________________________________________

Second Skill – Sacred Hammer : Mana Cost: 110, Cooldown: 12.5 – Ni namanya skill sondol, Tigreal akan menyondol pihak lawan dan memberikan damage 0(+100% Total Physical ATK) daripada jumlah physical damage. Lepas ja dia belanggar ja dengan enemy korang klik lagi skali untuk 2nd attack mengakibatkan 180(+60% Total Physical ATK) daripada physical damage dan stunt enemy.

________________________________________________________________________

Third Skill – Implosion : Mana Cost: 1120, Cooldown: 42.0 – Skill ni lebih kurang macam campuran skill Hoof Stomp untuk Centaur Warrunner dalam Dota2 dan Berserker’s Call untuk Axe di mana Tigreal memotong bumi (haha apa benda memotong bumi) dia akan stunt untuk 1.5s dan menarik dekat kesemua pihak lawan yang berada di sekelilingnya memberikan kerosakan 270(+130% Total Physical ATK) daripada jumlah physical damage.

________________________________________________________________________
SUGGESTION ITEM

Bloodthirsty King

Apabila Tigreal dahagakan darah maka kill atau assist akan regen HP sebanyak 20% selama 5s. Cooldown 10s.

 

 

 

________________________________________________________________________

Warrior Boots

Nama pon boot pahlawan mesti la kena laju, +40 Movement SPD, dan pada masa yang sama physical defense akan naik 5 setiap kali enemy hentam Tigreal menggunakan basic attack sehingga maksimum 25 points selama 3s.

 

________________________________________________________________________

Cursed Helmet

Ni namanya jiwa membakar, kos kerugian kepada musuh ialah 1.5% daripada max HP diterjemahkan sebagai magic damage per second kepada enemy manakala minions akan menerima 50% lebih damage, kesian kan minion dah la lembik, dapat plak extra damage…

 

 

________________________________________________________________________

Demon’s Advent

Kelebihan item ni ialah attack power hero pihak lawan akan berkurangan 6% selama 2s apabila mereka attack anda, dan boleh stack sebanyak 3 kali.

 

 

 

________________________________________________________________________

Blade Armor

Memberikan Unique Passive Counterstrike,  apabila hero lawan attack anda maka mereka akan mendapat semula 25% damage dari diorang punya physical damage, so diorang pikir la sendiri berani ke nak attack korang, agak-agak la pakai armor ada tajam-tajam tuu…

________________________________________________________________________

Immortality

Hukum keabadian Tigreal akan terjadi dengan ada nya item ni, biasanya item ni korang kena beli last skali. Pabila ajal menjemput Tigreal, maka ia akan dibangkitkan semula selepas 2 seconds, mendapat 15% HP dan shield yang boleh menyerap antara 300~1000 damages bergantung level pada masa itu. Shield bertahan selama 3 seconds. Cooldown effect ni adalah 180s.

 

________________________________________________________________________

Boleh click video dibawah untuk perhatikan gameplay Tigreal

Jangan lupa SHARE dan LIKE post kami. Tenkiu.

Follow Moshed Gaming di:

Facebook : https://www.facebook.com/moshedgaming/
Twitter : https://twitter.com/moshedgaming
Instagram : https://www.instagram.com/moshedgaming/
Website : https://moshedgaming.com/

Comments (0)
Add Comment