Ini Update Yang Bakal Ditambahkan Kedalam PUBG Lite!

Baru sahaja PUBG Lite versi beta dilancarkan di server Malaysia, boleh dikatakan tidak sampai 2 minggu. Kehadiran PUBG Lite telah menarik ramai pemain terutamanya dari PUBG Emu dan PUBG Mobile untuk mencubanya di PC atau laptop mereka.

Kerana ia masih beta dan baru dikeluarkan, masih banyak bugs yang ada, menyebabkan kurang senang kepada pemain. Bagi pemain baru pula, ada yang sudah terbiasa dengan PUBG M, mereka mengharapkan fungsi-fungsi yang ada di PUBM akan dimasukkan dalam PUBG Lite seperti auto reload dan tiada team mate fire.

Ini berita baik untuk korang, pada 21 Februari ini PUBG Lite akan mendapatkan updatenya yang pertama. Jika sebelumnya, pemain tidak boleh membuat laporan, kini update ini akan menghadirkan feature report.

Selain itu, update ini juga akan hadirkan anti team kill yang merupakan feature  yang ditunggu-tunggu para pemain. Berbanding sebelumnya PUBG Lite menggunakan sistem friendly fire sehingga pemain dapat membunuh rakan-rakan sepasukan mereka.

Update ini juga akan menghadirkan auto reload dan auto fire. Lepas ini tiadalah susah-susah setiap kali tukar senjata atau tengah bertempur kena reload dan tukar mode fire.

Akhir sekali update ini akan memperbaiki beberapa bugs yang adalah terutamanya di mic dan meningkatkan kualiti grafik.

Buat korang yang belum cuba PUBG Lite, boleh download menerusi lite.pubg.com atau garena.

Comments (0)
Add Comment