Game ini sedang digempar gembur di seluruh dunia dan mendapat tempat dalam kalangan pemain konsol, PC dan juga iOS iaitu Fortnite. Sebuah game yang dihasilkan oleh Epic Games. Game tersebut dihadirkan secara percuma secara penuh pada awal tahun ini.
Kini game tersebut telah mencapai pulahan juta orang yang memainkan permainan tersebut. Jadi apa sebenarnya game ‘Fortnite’? Keistimewaan apakah yang dipunyai ‘Fortnite’ ?
Fortnite merupakan game yang diasaskan oleh Epic Games, sebuah syarikat yang sama yang menerajui Gears of War.”
Pada asalnya Fortnite direka hanya sebuah game yang bercorak pertahanan kubu, dimana pemain dan 3 pemain lain harus mencari sumber daya dan membina struktur dan dalam masa yang sama zombie akan cuba membunuh anda. Ia campuran Minecraft dan mode zombi Call of Duty atau Left of Dead. Itu niat asalnya.
Pada September 2017, “Fortnite Battle Royale” dilancarkan namun dikenakan sedikit bayaran sebelum ianya menjadi percuma.
Corak permainanya menampilkan anda sebagai pemain dan 99 pemain lain yang akan berentap. “Fortnite Battle Royale” mengunnakan konsep yang sama seperti PUBG, iaitu pemain akan mendarat di sebuah pulau dan bergegas mencari senjata dan peluru.
Konsep ini adalah konsep yang sama digunakan dalam Hunger Games.
Pada awal penerbitan PUBG, pemain-pemain termasuk stremer banyak yang main game PUBG. Tetapi disebabkan beberapa isu hacker dan tidak kestabilan game menyebabkan streamers perlahan-lahan beralih ke “Fortnite Battle Royale” .
Corak Permainan
Bagi admin dan ramai komuniti yang mengatakan bahawa Fortnite merupakan game yang mudah untuk difahami tetapi sukar untuk dikuasai.
Jika anda memilih tempat yang tidak begitu ramai penghuni anda mungkin mudah kekal lama, tetapi hal berbeza jika anda pilih tempat yang ramai pemain menyebabkan anda terpaksa berentap.
Seperti PUBG, jika anda berada di luar zon selamat, nyawa anda akan berkurang. Anda juga dikhendaki mencari senjata, peluru dan membina sumber sejurus anda mendarat. Jika anda lambat, anda mungkin dibunuh.
Team Moshed akan kongsikan tips bermain Fortnite di entry lain nanti.
Game Fortnite adalah sepenuhnya percuma. Epic Game hanya membuat duit melalui penjualan Battle Pass. Anda boleh memilih untuk membeli atau tidak. Battle Pass adalah untuk upgrade character anda.