Ini Cara-Cara Untuk Dapatkan Skin Watak Utama Resident Evil 2 Di PUBG Mobile!

Pada minggu lepas kita telah dihadirkan mode ‘Survive Till Dawn’ dalam PUBGM melalui hasil kerjasama PUBG dengan Resident Evil. Mode ini membolehkan korang bertempur dengan zombi seperti zombi jenis Tyrant, Licker, dan Monster.

Demi merancakkan lagi acara ini, PUBG telah menawarkan berbagai hadiah untuk pemain-pemain PUBG Mobile, namun ada beberapa kriteria yang perlu dipenuhi.

Hadiah yang ditawarkan ialah seperti skin, item dam crates. Korang boleh dapatkan ini dengan menukarkan Vaccines iaitu sejenis matawang dalam event ini. Vaccines ini dapat diperolehi dengan me-login setiap hari dan bertahan 50 minit dalam di Survive Till Dawn atau dapatkan secara random.

Antara hadiah yang boleh korang dapatkan ialah:

Thrill Crates BP = 1 Vaccines
Outfit Box II = 5 Vaccines
Chicken Dinner BP Crates = 10 Vaccines
Resident Evil Crates = 20 Vaccines
Vaccinator = 30 Vaccines
Ada Costume = 90 Vaccines

Untuk menambahkan lagi sensasi pertempuran dalam mode survival till dawn, PUBG turut menawarkan skin ekslusif watak utama Resident Evil 2 iaitu Leon Kennedy dan Ada Wong di PUBG Mobile.

Untuk korang dapatkan skin Leon Kennedy, korang harus menukarkan 60 UC korang untuk buka crate box. Jika ada rezeki korang akan dapat. Tetapi tak perlu khuatir, sebab kalau korang keluarkan minimum 600 UC (sebab akan bertambah nilai setiap draw) atau 10 kali draw, korang akan confirm dapat skin Leo dan side item lain iaitu;

30 Silver Permanent
15 Premium Crate Coupon Scraps
10 Classic Coupon Scraps
Skin Sanguine bagi Kar 98
Kasut Boots Falcon Combat
Arbiter Pants
Arbiter Top
Payung Terjun “Wing of Battle”
Leon Skin Set

(note- untuk dapatkan skin ini mungkin akan menelan banyak UC korang)


Bagi skin Ada Wong, korang kena kumpul 90 Vaccines dan tukarkan di gift redemption. Sayangnya skin ini hanya bertahan 3 hari sahaja. Kalau skin watak Claire, boleh beli direct di Shop.

Kalau korang merancang nak belanjakan UC untuk beli skin, boleh pertimbangkan skin yang ditawarkan diatas.

Comments (0)
Add Comment