Game Battle Royale Darwin Project Kini Dapat Dimainkan Percuma Di Platform Ini

Game battle royale yang diterbitkan oleh Scavenger Studios iaitu Darwin Project kini telah dapat dimainkan secara percuma di Xbox One.

Sejak diumumkan pada E3 2017 lalu, Darwin Project berjaya mencuri perhatian para gamer dengan menampilkan trailer gameplay battle royale. Game ini dapat dikatakan sebagai game yang mengadaptasi filem Hunger Games.

10 peserta terpaksa bertahan meneruskan kehidupan dalam suhu yang begitu sejuk dan bertarung sehingga mati di arena, dengan Show Director yang mengawal arena yang dilengkapi bom nuklear, zon yang mempunyai limit masa dan badai.

Walaubagaimanapun, sejak akhir tahun 2017 telah banyak game battle royale yang dikeluarkan antaranya yang popular adalah game PUBG dan Fortnite, menyebabkan pemain lebih memilih game alternatif seperti itu.

Bagi menyaingi game-game battle royale yang telah tersohor dalam industri game, Microsoft telah mengumumkan pada hari ini bahawa Drawin Project kini dapat dimainkan secara percuma di Xbox One. Sebelumnya game ini telah dikenakan bayaran sebanyak $15 USD di Xbox Game Preview. Namun kini pemain dapat memainkan game ini secara percuma di PC melalui steam early access dan Xbox One.

 

Dengan peralihan daripada game berbayar kepada game yang bersifat percuma, Scavengers Studio berharap pemain lama dan pemain baru dapat menikmati Darwin Projeck sepenuhnya.

Game ini telah mendapat perubahan besar sejak pelancaran di Xbox Game Preview. Antaranya termasuk tambahan mod Duo, menjemput rakan pemain, perlawanan persendirian, glider tool dan lima kuasa Show Director yang baru.

Pemain juga boleh memainkan Darwin Porject dalam lapan bahasa baru: Bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Poland, Rusia, Jepun, dan Korea dengan tiga bahasa tambahan Portugis dan Thailand Brazil.

Selamat mencuba.

Comments (0)
Add Comment